Friday 10 May 2019

KURSUS PROFESIONALISMA SETIAUSAHA PEJABAT 2019 KPDNHEP

Assalamualaikum semua..

Dah lama sis tak berceloteh di sini.. sangat bz smpi tade masa nk bukak blog..maklum la org skg mana main blog dh kan??hihi..anyway selamat menyambut ramadhan semua...selamat berpuasa..tetib rasa nk post menu2 berbuka puasa..haha..nnt la..

Sis nk cerita pasal kursus yang sis hadiri baru2 ni..anjuran opis sis..26-28 April 2019...kursus yang sgt best..sgt ohsem.yg sis akan ingat smpi bila2..kursus ni diadakan di Kuala Terengganu, Hotel Regency Riverfront. Semua PA2 kementerian sis sgt ohsem..best giler..

Memori tercipta dr hari perjalan sis ke Kuala Terengganu, waktu nk check in kat balai pelepasan tu,,sis jumpa idola malaysia weehhhh...penyanyi No 1 Malaysia..Dato' Siti Nurhaliza...sis sangat teruja..smpi kaku tak nk buat apa,,hanya mampu amik gambo je..Siti Nurhaliza kottt....hahaha..





Sepanjang kursus kat sana kami telah dihandle (hahah suka2 guna bahasa apa ntah) oleh team CuteCarry..so siapa yang penah kursus dengan Cute Carry ni mesti taukan mcmana suasana dlm kelas..havoc jangan dikenan, dpt plak peserta yang kanak2 rebina versi kertu..bertambah havoc la kelas..sis share je la gambo2 spjg kursus..konon2 bio gambo berbicara la..the best kursus PA..len kali buat lagi ye..


















Malam 27hb tu actually ada dinner tema Hawaian..malu plak sis nk up kat sini sbb sis tak berapa ikut tema..hahaha..sis kan pemalu..ekekekek..

Ni plak gambo penutup kami bersama CuteCarry En Hafiz





















Semoga ikatan persahabatan kami antara PA ni berkekalan, mesra mcm adik beradik..dan yang penting sentiasa havoc, vouge dan vasssss..

Tahun depan request kursus lagi weehhhh..mtk jauh skit...

Wednesday 20 March 2019

Assalamualaikum..

Kembali menulis sbb baru teringat dah lama tak update blog..haha..

Alhamdulillah sis sekarang bz skit, tugas2 hakiki dh makin banyak, baru rasa berkat skit gaji..hahahaha.. Sis skg jarang dh update apa2 kat media sosial mcm fb or IG melainkan yang betul2 penting je, sbb skg sis dh jarang bukak fb..sis bosan sbb byk rakan2 share pasal politik, perkauman dan agama..sis cintakan keamanan..sis tak suka racist..kalu perlu sis rasa nk remove je fb akaun tu, kecanggihan media sosial yang disalah guna..share benda yang tak tentu betul..tak nak siasat..

Malas la nk cari salah orang,sbb sis bkn manusia sempurna, baik sis betulkan diri sis dari asyik mencari salah orang..

Monday 3 December 2018

Assalamualaikum..



Hai, dah hampir bersawang dah blog ni sbb dh lama sis tak menjenguk..sis agak bz skit 2 3 menjak ni..selain tu, xde bahan baru sis nk share kan semua..


Dah seminggu cuti sekolah berlalu, sis dan family masih lg blm ada plan nk ke mana2, walupun anak3 dh bertanya, sis kata rasanya spjg tahun ni dh banyak kali bw g bercuti tido hotel..even weekend pun kalu ada rezeki lbh sis dan suami bawa..jdnya kalu tak bw ke mana spjg cuti sekolah ni xpe kot..hahaha


Bertabah la anak3, mama pun cuti tak byk baki ada 2 3 hari je kot, gara2 banyak ambil EL (emergenc leave)..ada rezeki, adalah kita ke mana2, kalu takde kita sama2 la boring kat umah..


Untuk persiapan anak2 kembali ke sekolah, sis belum prepare apa2 lagi..cuma untuk Hadif Dani (anak kedua sis), sis dh beli skit2..dia akan masuk darjah 1 tahun 2019, and 24hb November lepas dia dh daftar darjah 1..sis yg excited..utk kakak Damia Nadhirah cuma beli kasut dan kemeja baru je..yang lain masih ok. zaman sekrg ni kena berjimat, beli apa yang perlu je, selagi blh pakai, pakai smpi jahanam..dh jahanam baru beli baru..


Ok la, setakat ni je sis membebel..ye la sis ni tak pandai nk berkata2, apa yg difikirkan terus taip..inshaaAllah kalu ada story baru, sis update lagi..

Monday 12 November 2018

KONVOKESYEN & KONSERT AL HUDA KALI KE29

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 11/11/2018 ari tu, hero-hero sis 'konvo'...Hadif Dani 6 tahun, tahun terakhir di Tadika Alhuda sebelum dia memasuk alam persekolah yang sebenar tahun 2019 nanti..si adik Hadif Aqif 4 tahun, masih ada lagi 2 tahun kat tadika Al Huda..Konvokesyen tadika macam biasa excited sebab nak tengok anak2 buat persembahan..Hadif Dani lebih skit persembahannya, untuk 6 tahun ada bacaan doa, nasyid dan sebagainya..

Alhamdulillah Dani, terpilih untuk jadi wakil pelajar yang akan berucap di atas pentas. Mama bangga sebab dia berani, seawal umur mcm mmg sesuai la kita latih dia bercakap di khalayak ramai..mama harap dia teruskan keberanian dia tu dan dapat tunjuk bakat sewaktu alam persekolahan sebenar nnt.

Sis bersyukur jugak kerani dani terpilih antara 10 pelajar terbaik tadika Al Huda, dia dapat tempat ke3 keseluruhan. Sis tak jangka pun sebab jujurnya sis tak penah paksa dia buat extra homework sebab sis fikir baru 6 tahun and tadika, hanya siapkan keje skolah yg wajib je. Rezeki dia..

Si adik Hadif Aqif, manja sgt, anak bongsu biasala..mama suspen skit dia ni waktu nk buat persembahan sbb kebyakkan program tadika, kalu org ramai dia akan menangis, tp alhamdulillah hari konvo tu dia sangat bersemangat dan excited, tak nangis pun siap boleh lambai2.. ni antara gambar2 yang sis boleh share kan untuk kenangan..

Tahniah kepada tenaga kerja dan pengajar Tadika Al Huda di atas penganjuran program ini, cekalnya ustazah2 melain karenah anak2 tadika yg seribu satu mcm pe'el..tinggi kesabaran ustazah-ustazah ni..semoga ustazah-ustazah semua diberi kesihatan yang baik untuk terus berjasa mendidik anak-anak Al Huda..

Mama tak sempat nk bergambo ngan ustazah-ustazah sbb tgk ustazah busy..takut ganggu tugas..













Doa mama, semoga semua anak-anak mama, Damia, Dani dan Aqif berjaya dunia akhirat, jadi anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa, taat kepada perintah Allah, taat kepada Mama ayah, hormati semua org..

Anak mama dah besar..mama pun makin tua..hahaha..

Actually gambar banyak sangat, tp sis upload skit je, sbb nnt xde la nk skroll banyak2 kan..

Tq untuk Umi, Kakak Mira dan Kakak Nani datang bagi support, untuk Mak Ita yang mengasuh Dani dan Aqif dari dia orang baby terima kasih banyak2..



KURSUS PROFESIONALISMA SETIAUSAHA PEJABAT 2019 KPDNHEP

Assalamualaikum semua.. Dah lama sis tak berceloteh di sini.. sangat bz smpi tade masa nk bukak blog..maklum la org skg mana main blog dh ...