Tuesday 5 April 2011

D&C..Ipoh Specialist Hospital

 tanganku dicucuk..pedih gak le...

 best je dia landing atas katil..bini yg sakit dia yg landing..

 Makanan tu bkn en hubby abiskan ye..pesakit..lapo gile...

 I luv u mr hubby...

 ZZZzzzzzzzz.....

 mmuaahhh...

Sayang abang....

bz sgt ke..???

30hb Mac 2011, jam 3.00 petang, aku ada appointment dengan dr usha, pakar sakit puan di Hospital Pakar Ipoh ( Ipoh Specialist Hospital ),mslh period ku masih lagi heavy..pagi sblm aku g jumpa doktor usha,lgi teruk period ku kuar smpi abis baju kejeku...byk yg teramat..dlm masa sejam aku tuko pad dh penuh siap bocor lagi...setelah pemeriksaan dibuat oleh doktor,doktor buat keputusan utk buat D&C ke atas ku..memula aku suspen la sbb setau aku d&c tuk org gugur je..bila aku tanya aku gugur ke tak dia kata tak..dia perlu cuci n amik skit sample tisu rahim aku tuk dianto ke lab dan seterusnya mengkaji apa punca period ku yg begitu heavy dan tak teratur..kalu mslh hormon,ubat hormon dh diberi tapi tade kesan..

So pd 31hb Mac 2010 aku pun di d&c kan..seawal pagi jam 7 aku dh mendaftarkan diri untuk msk wad.aku dtmptkan di bilik 227-2..suspen gak le rasa skit..maklumla tade pengalaman 'dicuci'..tp aku berterima kasih pada nurse yg sentiasa bg aku semangat..tepat jam 8.20 pagi aku ditolak ke bilik bedah..lg la aku suspen..dh mcm nk wat operate beso je..aku hanya ditemani oleh nurse yg tolak katil aku ke bilik bedah..en husband biasa la koje..sedih jugak tp nk wat camne dia cari rezeki...

Dalam bilik bedah aku bkn suspen sbb aku nk kena cuci tp sbb tgk ramai gak pesakit yg tgu giliran tuk dibedah atas sbb penyakit masing2 yg aku tak tau apa skt diaorg...tp yg pasti dia org tgu giliran tuk dibedah...tepat kul 9 aku dimasukkan bilik bedah 3..Dr. Goh pakar bius menerangkan pada ku sedikit prosedur sblm aku dicuci...aku akan dibius penuh..maknanya aku tido..lega aku..sbb aku tak sedo pe,riso gak kalu dia bius separuh..aku leh dengo n nmpk apa doktor akan buat kat aku..setelah penerangan diberi then aku setuju,ada borg aku kena sign..then dia pun terus la mencucuk bius sambil menyuruh aku kira 1-10..tp seingat aku..tak smpi 5 pun aku kira....terus aku tido...sedo2 je nurse kejut aku kata cuci dh settle..n suruh aku tenang n berehat sblm di anto ke wad biasa...

Bila dh cergas skit..aku mula la check apa2 yg ptt kot2 ada meninggalkan kesan..hehehe..tade apa pun..aku pun taktau apa doktor usha wat kat aku..betul kata kengkawan mmg tak sakit n tak rasa apa pun...bila dh blk umah sbb dh start byk gerak..baru cam ada rasa ngilu2 skit tp tak le teruk sgt..

Now aku rasa cam dh sehat sepenuhnya..(dari segi fizikal dan mental..) dalaman aku tak pasti tp aku still pantang sbb mak nasihatkan aku supaya berpantang..benda di dalam kita tak nmpk..aku amat berterima kasih pada mak yg sudi menjaga aku mcm anak kecil..sayang sgt kat mak....

Saturday 2 April 2011

Diet mengikut jenis darah.....

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr.
Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah
yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk
dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan,
khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh,
menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.


Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun
1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan
bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap
makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang
tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa
lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan
membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya
penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.


Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah
kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih
stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan
penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis
darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan
memperbaiki metabolisma tubuh.


Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam
kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau
lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan
kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini
menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,
infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.


Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh
diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis
darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses
penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari
jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam
jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu
darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam
kuantiti yang banyak.


Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih
seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu,
keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek,
kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang
tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih
fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah
ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat
menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan
karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan
imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran
hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.


Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan
laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam
organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih,
makanan berasaskan beras dan buah-buahan.


Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam,
ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan,
minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,
kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu,
bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan
gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah
sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan
jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur
(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),
minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,
semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis
buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging
lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging
yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam
kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti,
kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini
menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan
nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu
dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan
kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang
tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada
sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu
yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan.
Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah
mengamalkan pemakanan yang sihat.


Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan
harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan
zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan
pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat
keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah
kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo
ataupun tidak.

KURSUS PROFESIONALISMA SETIAUSAHA PEJABAT 2019 KPDNHEP

Assalamualaikum semua.. Dah lama sis tak berceloteh di sini.. sangat bz smpi tade masa nk bukak blog..maklum la org skg mana main blog dh ...